Tapak Analisis Item LAM, KBD & Bahasa Arab SPM

Analisis Item merupakan di antara perkara utama dalam menganalisis data berdasarkan skrip jawapan pelajar. Daripada analisis item ini, guru dapat mengenalpasti di bahagian manakah kelemahan utama sesorang pelajar, seterusnya dapat mencari solusi dan intervensi terbaik bagi merawat masalah tersebut. Bagi guru yang telah lama mengajar, mungkin telah ada analisis item sendiri yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kehendak pentadbir masing-masing. Namun bagi guru yang masih bertatih dalam dunia pentaksiran ini, penulis sediakan tapak khas buat sahabat-sahabat guru KBD untuk diisi dengan mudah.

Tapak ini disediakan secara 2 versi, memandangkan format peperiksaan SPM yang berbeza. Versi 1 merupakan untuk kegunaan mata pelajaran Usul al-Din, al-Syariah, Manahij al-Ulum al-Islamiah dan al-Adab wa al-Balaghah. Versi 2 pula, khas untuk mata pelajaran al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah sahaja.

  • Versi 1


  • Versi 2 (LAM sahaja)


  • [Kemaskini 13 Jun] Atas permintaan sahabat-sahabat guru Bahasa Arab KSSM, penulis kongsikan juga tapak analisis item berkenaan.

  • Versi 3 (Bahasa Arab KSSM)


  • Sekiranya terdapat broken link atau error berkenaan tapak berkenaan dan apa jua komentar, sila ajukan terus kepada penulis. Semoga bermanfaat.
    Memandangkan tapak di atas ada percuma, maka file tersebut telah diprotect. Sekiranya terdapat sahabat-sahabat ingin mendapatkan versi Premium (berbayar) iaitu tapak analisis item secara custom made berdasarkan keinginan tersendiri, boleh berhubung dengan penulis. Terima kasih.

    2 respon:

    IZZAH SUAID berkata...

    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI.
    SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI SEJUTA RAHMAT DAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH

    aini berkata...

    جزاك الله خير الجزاء
    Moga dipermudahkan dalam segala urusan yang dilakukan ustaz.