Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0 PIBA & KBD

Pelaksanaan PKP menyebabkan pelaksanaan PdP secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan secara normal. Meskipun guru telah berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya didapati tidak mencapai tahap optimum. Masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 termasuk semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab di bawah seliaan BPI bagi kegunaan tahun 2021.

Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 merupakan usaha KPM bagi membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid dapat dan boleh dilaksanakan. Penjajaran kurikulum Edisi 2.0 ini bukanlah kurikulum yang baharu, malahan ia berasaskan kurikulum sedia ada yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Melalui penjajaran ini, kandungan DSKP telah dibahagikan kepada Kandungan Asas iaitu apa yang perlu dikuasai oleh murid dan ia dilaksanakan secara bersemuka atau atas talian dengan murid, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap yang mana berperanan sebagai penyokong kepada keseluruhan pembelajaran murid dalam mencapai standard yang ditetapkan. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan pembelajaran sama ada secara bersemuka atau secara homebased-learning menggunakan medium yang bersesuaian tanpa mengabaikan standard dalam DSKP yang ingin dicapai.(Dipetik daripada Kata Pengantar DPK)

Di sini penulis himpunkan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan semua mata pelajaran aliran KBD bagi memudahkan sahaba-sahabat guru memuat turun dokumen berkenaan.


Semoga bermanfaat.

0 respon: