Seiring dengan Pembelajaran Abad ke-21 dan inisiatif KPM bagi meringankan beban guru, maka penyediaan Rekod Pengajaran Harian (RPH) secara maya amat bertepatan sekali. Ia memudahkan para guru dan menjimatkan kos kerana tidak perlu dicetak. Secara tidak langsung ia menyokong kempen hijau atau paperless.
Di sini penulis kongsikan beberapa RPH yang merupakan inisiatif team eDidik Malaysia. Aplikasi yang digunakan adalah menerusi Sheet pada platform Google Drive. Pastikan rakan-rakan guru mempunyai akaun Google terlebih dahulu.
Bagi rakan-rakan guru yang baru berjinak-jinak dengan eRPH ini, sila rujuk dengan tutorial yang disediakan di sini (boleh terus ke Step 8 dan contoh di 8A).
Untuk mendapatkan eRPH bagi mata pelajaran lain, boleh semak di sini.
Semoga bermanfaat. Kredit kepada team eDidik Malaysia.