al-Lu'bah al-Lughawiyyah atau Permainan Bahasa merupakan di antara elemen penting dalam mewujudkan didik hibur (fun learning) dalam sesuatu PdPc. Kekurangan idea sering kali menjadi benteng penghalang kepada guru-guru untuk mempelbagaikan permainan bahasa ini. Walaupun, kewujudan permainan digital atau gamifikasi dalam talian seperti Kahoot, Quizizz, Padlet dan sebagainya, permainan bahasa secara analog atau luar talian ini memberikan nilai sentimentalnya tersendiri. Lebih-lebih jika ia dibina bersama-sama dengan pelajar.
Di sini penulis kongsikan review sebuah buku bertajuk '50 Permainan Bahasa Arab, Panduan Praktikal Untuk Guru'. Review ini bukanlah promosi berbayar atau iklan, namun ia sekadar perkongsian ilmu. Pada pandangan penulis, buku ini bernilai dalam memcetuskan idea serta panduan yang diberikan cukup mudah dan praktikal.
Buku ini merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tanda harganya hanyalah RM15.00 sahaja. Penulis telah membeli secara dalam talian menerusi Shopee, ada diskaun yang ditawarkan. Semoga bermanfaat.
Halaman belakang buku