PAK21 Kahoot! dalam PdPc Bahasa Arab

Kahoot! merupakan salah satu bentuk gamifikasi dalam PdPc yang menarik untuk dipraktikkan. Syarat utama mestilah mempunyai akses internet yang baik. Aplikasi Kahoot! tidak jauh berbeza dengan Quizizz, cuma terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-duanya. Untuk mengetahui perbezaannya, sila rujuk sini.


Di sini penulis kongsikan sendiri pengalaman penulis dalam melaksanakan Kahoot! di dalam PdPc al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah Tingkatan 4.

Sebelum PdPc

  • Pastikan guru mempunyai akaun Kahoot!.
  • Guru menyediakan soalan-soalan berkaitan tajuk yang akan dipelajari.
  • Sebahagian Soalan yang Penulis sediakan
  • Penulis mencadangkan untuk berkongsi soalan yang sama di Quizizz pada Kahoot! ini. Menjimatkan masa!
  • Berdasarkan carian penulis pada Kahoot!, soalan-soalan Bahasa Arab SPM masih tidak banyak. Jadi gunakan soalan yang sama dengan platform yang berbeza.

  • Semasa PdPc
  • Set Induksi, Langkah 1 dan 2 terserah kepada guru bagaimana untuk melaksanakannya.
  • Penulis mencadangkan untuk menggunakan Kaedah Pembelajaran Inkuiri memandangkan pelajar-pelajar mengendalikan PC dengan akses internet.
  • Berikan tugasan tertentu untuk mereka mencari sendiri melalui internet.
  • Seterusnya pembentangan bagi memastikan apa yang dicari bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh guru.

  • Langkah 3
  • Kahoot! digunakan sebagai tool untuk pentaksiran.
  • Kahoot! boleh diakses terus melalui laman webnya.
  • Tetapi penulis mencadangkan agar laman Kahoot ini diembedkan pada Site dalam Frog VLE.
  • Contoh Kahoot dalam FROG VLE Penulis
  • Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan Frog VLE di sekolah.

  • Penutup
  • Guru membincangkan setiap jawapan murid dan memberikan penambahbaikan agar penguasaan murid terhadap tajuk berkenaan dapat dipertingkatkan.

  • Selamat berKahoot!, semoga bermanfaat.