21 - 22 Mei, bertempat di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Kursus Orientasi KSSM bagi Kurikulum Bersepadu Dini untuk Jurulatih Utama Kebangsaan. Penulis diamanahkan untuk mewakili negeri Kedah bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah (LAM) Tingkatan 2. Turut dikongsikan adalah DSK LAM Tingkatan 5.
Perkongsian ilmu oleh dua tokoh hebat; Ustaz Mior Syazril bin Mohamed Sapawi (Penolong Pengarah Bahasa Arab, Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM) dan Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain (Ketua Jurulatih Utama Kebangsaan / Guru Bahasa Arab SAM Hulu Langat). Bersedia untuk penataran di peringkat negeri nanti!
Untuk memuat turun bahan-bahan kursus yang telah dikongsikan, klik sini.
Semoga bermanfaat.