PAK21 Plickers dalam PdPc Bahasa Arab

Banyak strategi dan tool Pembelajaran Abad ke 21 yang boleh diaplikasikan dalam PdPc Bahasa Arab, asalkan guru-guru berminat dan rajin untuk mencuba. Di sini penulis kongsikan idea PdPc menggunakan Plickers. Syarat utama adalah sambungan internet yang baik sewaktu menggunakan aplikasi ini agar sesi PdPc yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Apa itu Plickers?

Plickers merupakan aplikasi mudah untuk guru-guru membuat pentaksiran dan penilaian sebelum atau selepas PdPc. Ia menyediakan platform untuk guru-guru membina soalan dan terus mendapatkan respon daripada pelajar secara pantas dan tepat seterusnya melihat analisis respon secara masa sebenar (real time).

Persediaan sebelum PdPc

  • Guru-guru perlu mendaftar dahulu menggunakan web Plickers.
  • Mendaftarkan nama-nama pelajar mengikut kelas.
  • Membina soalan-soalan untuk sesi PdPc.
  • Jangan lupa untuk menandakan jawapan sebenar.
  • Soalan yang dibina mestilah berbentuk jawapan aneka pilihan.
  • Mengesetkan soalan-soalan yang akan digunakan 'Add to Queue'.
  • Mencetak kad-kad kod Plickers untuk kegunaan pelajar.

  • Mencetak senarai nama pelajar berdasarkan nombor kad tersebut.
  • Memasang app pada telefon pintar.

  • Semasa PdPc
  • Laksanakan set induksi mengikut kesesuaian masing-masing.
  • Langkah 1 dan 2 adalah berdasarkan tajuk yang akan diajar.
  • Langkah 3: Pentaksiran berbantukan Plickers
  • Pastikan ada sambungan internet.
  • Pasangkan laptop dan tayangkan web Plickers (Live View) pada layar.
  • Edarkan kad-kad kod kepada pelajar-pelajar.
  • Pastikan nombor pada kad adalah tepat dengan nama pelajar yang telah didaftarkan di laman web.
  • Berikan taklimat ringkas penggunaan kad tersebut.
  • Jawapan dipilih dengan cara memusingkan kad dan kedudukan jawapan mestilah berada di atas
  • Pilih soalan yang hendak diajukan menggunakan telefon pintar.
  • Minta pelajar-pelajar menjawab dengan cara mengangkat kad tersebut.
  • Beri ruang untuk pelajar menjawab dan mengangkat kad.

  • Guru melakukan imbasan kepada kad yang diangkat oleh pelajar.
  • Pelajar akan dapat melihat tanda biru pada layar sekiranya kad mereka telah diimbas.
  • Klik pada 'Reveal Answer' pada laman web untuk melihat keputusan jawapan mereka.
  • Klik pada 'Graph' untuk melihat jumlah pelajar yang menjawab dengan betul.
  • Lakukan tindakan yang sama untuk soalan-soalan yang seterusnya.
  • Pemilihan soalan adalah menggunakan telefon pintar.
  • Setelah selesai sesi soalan, analisis keseluruhan boleh dilihat pada 'Reports'

  • Tutorial dan gambar yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman penulis mencuba Plickers. Menyeronokkan.

    Tips:
    Menaip terus soalan menggunakan font Arabic kurang cantik. Jadi terpaksa membina soalan bahasa Arab berkonsepkan cut and paste. Caranya adalah taip cantik-cantik kat Microsoft Word beserta jawapan (atau tidak) kemudian print screen. Paste kat Paint kemudian crop. Upload dalam Plickers mengikut soalan yang ingin dibina.

    Selamat mencuba.