Dokumen Panduan Mata Pelajaran Manahij al-Ulum al-Islamiyah KBD

Pengenalan mata pelajaran Manahij al-Ulum al-Islamiyah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk melahirkan individu Muslim yang alim, beriman, bertaqwa, soleh dan berbudi pekerti yang mempunyai kompetensi yang jitu dan memiliki kemahiran yang koheren dalam mengeluarkan keputusan yang sahih dalam kehidupan seharian berdasarkan kewarasan akal dan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Di antara objektif yang digariskan adalah:

1. Memahami prinsip asas bagi ilmu Mantiq, sejarah perkembangannya, hukum mempelajarinya, dan kepentingannya dengan memberikan tumpuan secara berterusan.

2. Memahami kaedah-kaedah Mantiq berdasarkan bahagian Tasawwurat dan Tasdiqat serta mampu mendatangkan contoh-contoh berkaitan dan memelihara kepentingannya dalam aplikasi kehidupan harian.

3. Memahami prinsip asas ilmu Usul al-Fiqh, sejarah perkembangannya, hukum mempelajarinya, dan kepentingannya dengan memberikan tumpuan secara berterusan.

4. Memahami kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dan ringkasannya serta memelihara kepentingannya dalam aplikasi kehidupan harian.

Diadaptasi daripada DSK Manahij al-Ulum al-Islamiyah
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM




Untuk muat turun DSK, sila klik pada imej di atas.

Semoga bermanfaat.