Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam
dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.
Untuk mencapai hasrat tersebut, KSSM al-Lughah al-‘Arabiah alMu’asirah ini memfokuskan kepada penguasaan murid terhadap empat kemahiran asas bahasa Arab yang ditekankan secara mendalam di Tingkatan 1 dan 2. Tatabahasa Arab diserapkan secara implisit dalam pembelajaran empat kemahiran bahasa tersebut. Manakala di Tingkatan 3, 4 dan 5 penekanan tersebut dibuat secara lebih eksplisit. Selain itu, penggunaan templat ayat
yang dicadangkan dalam kurikulum ini juga akan memudahkan murid untuk mencapai objektif yang disasarkan dalam KSSM alLughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah.
Tema pembelajaran KSSM al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah ini melibatkan tema-tema pembelajaran bahasa di samping beberapa topik yang terkandung dalam KSSM Usul al-Din dan KSSM al-Syariah. Kandungan dan topik-topik ini dipilih untuk mencapai matlamat penguasaan ilmu secara global bermula di bangku sekolah.
Kurikulum ini memberikan pertimbangan kepada gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang pelbagai. Bagi mencapai hasrat tersebut, teknik pengajaran guru yang berkesan sangat diperlukan untuk membantu murid mengalami pengalaman sebenar pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan. Amalan lughatul-fasli yang berkesan sangat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran tersebut.
Sepanjang proses pembelajaran, pentaksiran formatif dilaksanakan terhadap murid melalui enam tahap penguasaan dalam standard prestasi bagi setiap kemahiran. Pentaksiran tersebut dilaksanakan secara holistik melalui pertimbangan profesional guru terhadap murid. Di samping itu, penilaian sumatif juga boleh dilaksanakan oleh guru untuk menilai pencapaian murid dalam aspek penguasaan kandungan.
Dipetik daripada DSKP Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Muasirah
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
Komponen al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah Tingkatan 1 hingga 5 :
Untuk muat turun DSKP, sila klik pada imej-imej di bawah:
Semoga bermanfaat.