Pengenalan mata pelajaran Al-Adab wa Al-Balaghah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran serta merealisasikan keupayaan penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid menerusi gaya bahasa Arab yang pelbagai serta mampu berinteraksi dengan teks-teks Arab daripada pelbagai sumber dan menyingkap rahsia teks tersebut seterusnya menghayati keindahannya dan memahami budaya masyarakat Arab juga menyerapi nilai-nilai mulia di dalam jiwa.
Di antara objektif yang digariskan adalah:
1. Mengetahui kehidupan masyarakat Arab dari aspek agama, sosial, politik dan budaya merentasi beberapa zaman dan kesannya terhadap sastera.
2. Mengetahui kesenian sastera Arab serta tokoh-tokohnya dan perkembangannya.
3. Mengaplikasikan pertuturan bertepatan dengan situasi.
4. Mengaplikasikan kaedah pertuturan yang pelbagai dalam menyampaikan satu tujuan.
5. Mengaplikasikan cara mengindahkan bahasa dari sudut lafaz dan makna.
6. Memahami teks-teks syair dan prosa tertentu dan menganalis dari aspek Balaghah.
Diadaptasi daripada DSK Al-Adab wa Al-Balaghah
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
Untuk muat turun DSK, sila klik pada imej di atas.
Semoga bermanfaat.