Di sini penulis kongsikan satu lagi bahan bantu mengajar (BBM) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5. BBM ini telah menggunakan Peta Pemikiran (i-think) dan turut disertakan dengan contoh-contoh soalan SPM sebenar dan beberapa soalan percubaan negeri tertentu. Tajuk pada kali ini ialah al-Uslub al-Insya-i / الأسلوب الإنشائي atau di sini penulis terjemahkan sebagai Ayat Bukan Penyata.
Secara mudahnya, al-Uslub al-Insyai adalah ayat yang TIDAK BOLEH dinilai atau dihukum sebagai pernyataan yang benar atau palsu. Ia dibahagikan kepada 2 bentuk utama berdasarkan respon, sama ada memerlukan respon atau pun tidak.. Untuk lebih jelas, silalah muat turun bbm ini pada link yang disediakan pada akhir artikel ini.
Di sini penulis kongsikan sebahagian imej bagi slide power point BBM tersebut :
Untuk memuat turun slide di atas, sila klik di sini