Perumpamaan Songsang

Jom sama-sama kita bincangkan suatu sub tajuk perumpamaan, rentetan kepada tajuk Perumpamaan Tidak Langsung sebelum ini, iaitu التشبيه المقلوب atau di sini penulis terjemahkan sebagai Perumpamaan Songsang. Kebiasaannya, perumpamaan berlaku secara biasa dengan mengumpamakan sesuatu yang biasa dengan sesuatu yang lebih hebat dan nyata sifatnya.


Bagaimanapun, perumpamaan songsang ini berlaku secara sebaliknya dengan tujuan berlebih-lebihan. Kita perhatikan definisi yang dipetik dari kitab al-Balaaghah karangan Syeikh Umar 'Alawi al-Kaaf :


هو وضع المشبه مكان المشبه به ، بحجة أن وجه الشبه في المشبه أقوى منه في المشبه به


" Perumpamaan yang meletakkan musyabbah di tempat musyabbah bih dengan alasan bahawa wajhu asy-syabahi yang terdapat pada musyabbah adalah lebih kuat dibandingkan musyabbah bih. "

Untuk lebih jelas, kita teliti contoh di bawah ;

Kata-kata Muhammad bin Wahiib al-Himyary ketika memuji Khalifah Makmuun :


وبدَا الصباحُ كأن غرتَّه * وجهُ الخليفة حين يُمتَدح

" Dan sirna pagi tu permulaannya seumpama,
raut sang Khalifah ketika dipuji "


Penyair telah memperumpamakan pagi yang indah itu dengan raut Khalifah yang berseri-seri. Sedangkan perumpamaan yang biasa adalah raut wajah berseri laksana pagi yang indah.

Tetapi keadaan ini berlaku adalah bertujuan untuk berlebih-lebihan atau hiperbola dalam memuji dan memuja sang Khalifah.

Wallahu A'lam.