Apakah istilahnya di dalam bahasa Arab? Nahu ke Balaghah? Insyak kot? Penulis cuba mencari rujukan, namun tidak ditemui. Sebenarnya tiada tajuk khusus yang membincangkan tajuk ini. Namun sebagai memenuhi permintaan seorang sahabat, dinyatakan sebahagian penanda wacana yang biasa digunakan. Sekiranya terdapat kalimah lain berkaitan yang diketahui, sila sudi-sudikan untuk berkongsi di bawah.
Penanda Wacana | |
---|---|
Oleh kerana itu / Oleh yang demikian | مِنْ أَجْلِ ذَلِك |
Walaupun demikian | مَهْمَا كَان |
Dari aspek lain | وَمِنْ نَاحِيَةٍ أُخْرَى |
Perlu dinyatakan bahawa | مِنَ الْجَدِيْرِ بِالذِّكْرِ أَن |
Semestinya / Perlunya | لا بُدَّ مِن |
Oleh itu | وَمِنْ ثَم |
Selain itu | وَبِجَانِبِ ذَلِك |
Walaupun | بِالرَّغْمِ مِن |
Sebagai contoh | وَعَلَى سَبِيْلِ الْمِثَال |
Sebagai tambahan | بِالإِضَافَةِ إِلَى ذَلِك |
Tidak syak lagi | مِمَّا لا شَكَّ فِيه |
Sebagai iktibar / Melihat kepada | نَظَرًا إِلَى |