Ilmu Dilalah (علم الدلالة) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris dengan Semantics merupakan cabang ilmu bahasa yang melihat dari segi makna. Tajuk utama yang dibincangkan di dalamnya iaitu sesuatu benda yang berkaitan dengan tanda (الرمز). Antara tanda yang dimaksudkan adalah melalui isyarat tangan atau anggukan kepala.
Contoh yang lebih jelas:
- Muka merah menunjukkan kepada malu.
- Tanda sudu dan garpu menunjukkan kepada di situ terdapat kafeteria.
- Ibnu Faris dalam Mu’jam Maqais – membincangkan ‘Makna Juziah’ dan kaitannya dengan ‘Makna Am’.
- Zamakhsyari dalam Asas Balaghah – membezakan antara ‘Makna Hakiki’ dan ‘Makna Majazi’.
- Jenis-jenis Makna. Contohnya: Makna Asal, Makna Kedua (Sampingan), Makna mengikut Masyarakat.
- Kaedah-kaedah pembelajaran makna.
- Kepelbagaian Makna. Contohnya: Makna Seerti, Makna Berlawan, Perkongsian Lafaz (Satu Lafaz yang membawa banyak makna yang berbeza).
Zulkifli bin Abdul Aziz.
Pensyarah Bahasa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
Sumber rujukan: Ilmu Dilalah
Dr. Ahmad MukhtarUmar.
Pensyarah Bahasa –Kuliah Dar Ulum, Universiti Kaherah.