JazakAllah @smarthafz kerana telah menemukan penulis dengan dendangan burdah yang amat menarik. Petikan daripada qasidah Burdah oleh Imam al-Busairi yang cukup terkenal. Pihak bahasasyurga.net kemudian telah membuat semula klip video tersebut disertakan sekali terjemahan bebas oleh seorang penulis tak bernama, barakAllahu fih. Hayatilah!
يَا خَيْرَ مَنْ يَمَمَّ العَافُونَ سَــــــــاحَتَه *** سَعْياً وَفَوْقَ مُتُونِ الأَيْنُقِ الرُسُــــم
Duhai sebaik-baik insan yang kediamannya senantiasa dituju orang-orang yang rindu kebaikan, dengan berjalan kaki dan juga menunggangi unta nan perkasa.
وَمَنْ هُوَ الآيَةُ الكُبْرَى لِمُعْتَبِـــــــــرٍ *** وَمَنْ هُوَ النِّعْمَةُ العُظْمَى لِمُغْتَنِـــــم
Duhai insan yang menjadi tanda terbesar bagi orang yang ingin mengambil pelajaran, duhai insan yang menjadi anugerah teragung bagi orang yang mendapatkan kurnia.
سَرَيْتَ مِنْ حَرَمٍ لَيْلاً إلَى حَــــــــــرَمٍ *** كَما سَرَى البَدْرُ فِي دَاجٍ مِنَ الظُّـلَم
Engkau berjalan pada suatu malam dari satu tempat suci ke tempat suci yang lain, laksana berjalannya purnama di malam gelap gelita.
وَبِتَّ تَرْقَى إلَى أنْ نِلْتَ مَنْزِلَــــــــــةً *** مِنْ قَابِ قَوْسَيْنِ لَمْ تُدْرَكْ وَلَمْ تُــرَم
Engkau terus naik hingga sampai pada tingkat tertinggi, sedekat jarak antara dua busur yang tidak akan dicapai seorang pun dan tidak pula diharapkan.
وَقَدَّمَتْكَ جَمِيعُ الأنْبِيَاءِ بِهَـــــــــــــــا *** وَالرُّسْلِ تَقْدِيمَ مَخْدُوْمٍ عَلَى خَـــــدَم
Semua nabi dan rasul mengutamakanmu kerana darjat itu, sebagaimana khadam mengutamakan tuannya.
وَأنْتَ تَخْتَرِقُ السَّبْعَ الطِّبَاقَ بِهِــــــم *** فِي مَوْكِبٍ كُنْتَ فِيْهِ صَاحِبَ العَلَــــم
Engkau lewati tujuh lapis langit melewati mereka dalam rombongan nan agung, sedang engkau pemegang panjinya.
خَفَضْتَ كُلَّ مَقَامٍ بِالإضَـــــــــــافَةِ إذ *** نُوْدِيْتَ بِالرَّفْعِ مِثْلَ المُفْرَدِ العَلَــــــم
Maka engkau telah meng-khafadh-kan semua kedudukan dengan idhafah, kerana engkau dipanggil dengan rafa’ seperti 'alam mufrad.
فَحُزْتَ كُلَّ فَخَارٍ غَيْرَ مُشْـــــــــــتَرَكٍ *** وَجُزْتَ كُلَّ مَقَامٍ غَيْرَ مُزْدَحَــــــــــم
Dan engkau telah mendapatkan semua kebanggaan yang tiada menyamai, serta melewati semua kedudukan nan tiada menandingi.
وَجَلَّ مِقْدَارُ مَا وُلِّيْتَ مِنْ رُتَــــــــــبٍ *** وَعَزَّ إدْرَاكُ مَا أوْلِيْتَ مِنْ نِعَــــــــمِ
Teramat agung darjat yang engkau terima dari segala kedudukan yang mulia, dan tiada mungkin orang lain mencapai kurnia yang engkau dapatkan.
بُشْرَى لَنَا مَعْشَرَ الإسْلامِ إنَّ لَنَـــــــا *** مِنَ العِنَايَةِ رُكْناً غَيْرَ مُنْهَــــــــــدِم
Khabar gembira buat kita semua umat Islam sesungguhnya kita memiliki suatu tiang yang akan pernah runtuh sebagai pertolongan dari Allah SWT.
لَمَّا دَعَا الله دَاعِيْنَا لِطَاعَتِــــــــــــــه *** بِأكْرَمِ الرُّسُلِ كُنَّا أكرَمَ الأمَــــــــــم
Ketika Allah SWT menamakan pesuruh kita dengan sebutan rasul yang paling mulia kerana ketaan kepada-Nya, kita adalah umat yang paling mulia.