[Qasidah] Ramadhan Muncul Lalu Tersenyum

Sebuah qasidah yang telah didendangkan dalam pelbagai versi sempena menyambut kedatangan bulan mulia, bulan barakah, bulan rahmat dan bulan keampunan. Sama-sama meningkat amal ibadah di bulan ini. Ahlan Ya Ramadhan.



رمضان تجلّى وابتسَم * طوبَى للعبدِ إذا اغتنَم
أرضَى مولاه بما التزَم * طوبَى للنفسِ بتقواها


Ramadhan telah muncul dan tersenyum,
Bertuahlah bagi hamba yang merebutnya.
Tuhan meredhai apa yang dilaksanakannya,
Bertuahlah bagi jiwa penuh ketaqwaan.


رمضان زمانُ البركات * رمضان زمانُ الحسنات
رمضان مجالُ الصلوات * طوبَى للنفسِ بتقواها


Ramadhan zaman keberkatan,
Ramadhan zaman kebaikan.
Ramadhan lapangan bersolat,
Bertuahlah bagi jiwa penuh ketaqwaan.


رمضان طهورُ الأرواح * رمضان زمانُ الأفراح
رمضان منالُ الإصلاح * لدنيا الناس وأخراها


Ramadhan menyucikan ruhani,
Ramadhan waktu bergembira.
Ramadhan menggapai perubahan,
Untuk dunia dan akhirat manusia.


وصلاة الله على طه * هو خير الخلق وأحلاها
وأبي بكر بخلافتِه * قد زان الأرض وحلّاها


Allah berselawat kepada Baginda Nabi,
Dialah sebaik-baik dan seindah-indah ciptaan.
Dan Abu Bakr dengan khilafahnya,
Menghiasi bumi dan mengindahkannya.


وأبي حفصٍ بعدالته * في هذه الأمةِ قوّاها
وعلي الكرارِ أبي الكُرما * وكذا الزهراء وابناها


Abi Hafs (Umar) dengan keadilannya,
Kepada umat ini telah menguatkannya.
Dan Ali sebagai bapa kemuliaan,
Begitu juga az-Zahraa dan kedua-dua anaknya


ربَّ الأكوان * زِد لي إيماني
واقبلْ صِيامي * يا مَن يراني
مولاي إني * حسّنتُ ظنّي
فارفَع إلهي * البلاءَ عني
أرجُو بالهادي * نيلَ الأمداد
فرِضاك إلهي * قصْدي مُرادي


Tuhan sekalian makhluk, tambahkan imanku
Terimalah puasaku, wahai Tuhan yang melihatku
Wahai Tuhan sesungguhnya aku, memperelok sangkaanku
Ya Ilahi angkatlah, segala bala daripadaku
Aku berharap wahai Tuhan, menggapai anugerahmu
Maka redha-Mu Tuhan, hanyalah matlamat dan tujuanku