Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 16. Masih berbaki 19 bab.
( No. 16 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- اعشوشب : ditumbuhi banyak rumput
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai ENAM huruf.
- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya, AIN tambahan dan WAU di antara huruf AIN dan LAM.
Peranan / Makna :
Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUBALAGHAH kepada LAZIM.
Ayat LAZIM biasa ;
- cth : Bumi berumput.
Ayat LAZIM dengan makna MUBALAGHAH
- cth : Bumi dipenuhi banyak rumput.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Matan al-Bina : Siri 16
افعوعل يفعوعل افعيعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.
0 respon:
Catat Ulasan