Kisah Juha Siri 8, kita saksikan bagaimana Juha bertelagah dengan orang yang menuntut 'tiada apa-apa' daripadanya. Semoga terhibur!
Lagi...I'rab Taqdiri ( Fe'el )
Jika sebelum ini, kita membincangkan i'rab secara muqaddarah pada isim, kali ini sama-sama kita meneliti i'rab taqdiri yang berlaku kepada fe'el.
Terdapat 2 keaadan sahaja, iaitu :
1. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf ALIF.
Dii'rab ketika marfu' dengan baris dhommah MUQADDARAH, dan ketika mansub dengan baris fathah MUQADDARAH dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.
Tetapi ketika majzum, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf alif.
2. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf WAU atau YA.
HANYA ketika marfu' dii'rab dengan baris dhommah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.
Bagaimanapun, ketika mansub dii'rab seperti biasa dengan baris dhommah ZAHIRAH
Untuk majzum pula, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf WAU atau YA.
Wallahu A'lam.
Panduan :
I'rab Taqdiri ( Isim )
Apabila kita mengi'rab sesuatu kalimah, di hujung i'rab tersebut kebiasaannya disebut dengan baris dhommah/fathah/kasrah ZAHIRAH fi akhiri. Tetapi, kali ini kita cuba memahami i'rab dengan baris MUQADDARAH pada isim.
Terdapat 3 keadaan sahaja pada isim iaitu :
1. Isim Maqsur Rujuk sini
Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.
2. Isim Manqus Rujuk sini
Dii'rab dengan baris dhommah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.
سلمت على المحامي
Bagaimanapun untuk baris fathah dii'rab seperti biasa ( zahirah ).
3. Isim yang bersambung dengan Ya Mutakallim.
Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan munasabah iaitu untuk disesuaikan dengan huruf ya, munasabahnya adalah baris kasrah.
Wallahu A'lam.
Panduan :
Kisah 7 : Aku Tidak Akan Membelimu
Kisah Juha Siri 7, memperihalkan Juha yang diperdaya oleh pencuri, kononnya manusia bertukar menjadi himar. Semoga terhibur!
Tasyjiir - Kitab Matan Bina' wal Asasi
"Ini adalah tasyjiir (gambar rajah pokok) 35 bab dari Kitab Matan Bina' wal Asasi didalam mempelajari ilmu Shorof.
Bagi sesiapa menghendakinya akan tasyjiir ini , maka al-faqir membenarkan ia mengambilnya agar dipermudahkan didalam memahaminya. al-Faqir telah pun menyediakan dua gambaran rajah yang berwarna dan hitam putih."
Klik pada gambar untuk membesarkan
Sumber : Jejak Nahwu & Shorof
Matan al-Bina : Siri 16
Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 16. Masih berbaki 19 bab.
( No. 16 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- اعشوشب : ditumbuhi banyak rumput
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai ENAM huruf.
- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya, AIN tambahan dan WAU di antara huruf AIN dan LAM.
Peranan / Makna :
Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUBALAGHAH kepada LAZIM.
Ayat LAZIM biasa ;
- cth : Bumi berumput.
Ayat LAZIM dengan makna MUBALAGHAH
- cth : Bumi dipenuhi banyak rumput.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Kisah 6 : Allah jua yang memberi
Kisah Juha Siri 6, memaparkan bagaimana Juha berkomunikasi dengan si pengemis yang telah menyusahkannya. Semoga terhibur!
Tiada jijik dan lucah
Allah s.w.t mengajar juga menyuruh kita beradab dalam semua keadaan. Beradab dalam berbahasa dapat kita saksikan di dalam al-Quran, bagaimana ia didatangkan dalam bentuk bahasa yang paling sopan.
Di sini didatangkan beberapa contoh petikan ayat suci al-Quran, kita lihat bagaimana maksud yang jijik dan lucah disampaikan dalam bentuk yang amat sopan sekali. Subhanallah..
1. Ayat yang merujuk kepada makna membuang air kecil atau besar
"..atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air.."
al-Maidah : 6
Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : tempat rendah yang terlindung
2. Ayat yang merujuk kepada makna jimak
i.
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu.." al-Baqarah : 187
Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : perkataan yang kotor
ii.
"..mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." al-Baqarah : 187
iii.
"Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu.." al-Baqarah : 187
Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : bergaul
iv.
"Isteri-isterimu adalah tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki." al-Baqarah : 223
v.
"Maka isteri-isteri yang telah kamu setubuhi di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya, sebagai suatu kewajipan.." an-Nisa : 24
Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : menikmati
Oleh itu, sama-samalah menjaga tutur kata, meskipun lucah dalam berbahasa bukan suatu kesalahan, namun ia menggambarkan hati dan peribadi kita..
Wallahu a'lam.
Matan al-Bina : Siri 15
Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 15. Masih berbaki 20 bab.
Bahagian Ketiga ( 3 of 3 ), 3 huruf dengan tambahan 3 huruf ( 3 + 3 ) dan mempunyai 4 Bab ;
( No. 15 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- استخرج : mengeluarkan
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai ENAM huruf.
- Berlaku penambahan huruf ALIF, SIN dan TA di awalnya.
Peranan / Makna :
Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUTA'ADDI.
- cth : Zaid mengeluarkan hartanya.
Kadang-kadang menunjukkan kepada LAZIM.
- cth : Tanah telah mengeras.
Peranan lain ;
Menunjukkan kepada PERMOHONAN.
- cth : Zaid memohon ampun daripada Allah.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Kisah 5 : Banyak Memberi Bukanlah Si Bakhil
Kisah Juha Siri 5, Juha mengajar si kaya yang cuba mempermainkan doanya kepada Tuhan. Semoga terhibur!
Vice Versa
Suatu tajuk di dalam Ilmu Badi' yang disebut sebagai العكس والتبديل . Di sini ana terjemahkan sebagai ' vice versa ' atau 'sebaliknya'. Berikut merupakan petikan ayat sebagai contoh bagi memudahkan kefahaman.
1. al-Baqarah : 187
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
2. Ali 'Imran : 27
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
3. al-Mumtahanah : 10
Sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami).
Mudah saja. Perhatikan pada contoh di atas, tumpukan pada ayat merah dan biru.
S : Dimanakah berlakunya 'akas? Dan di mana pula tabdil?
J : 'Akas berlaku pada makna manakala tabdil pada susunan kalimat.
Wallahu a'lam.
100 !
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Syukur pada Allah atas segala anugerah-Nya. Bahasa Syurga yang sudah berusia 2 tahun lebih, dan ini merupakan entri yang ke 100. Ada hadiah bermakna buat semua pembaca.
Tiada yang lebih berharga melainkan ilmu. Justeru sama-sama ikuti pengajian berikut yang disertakan terjemahan di dalam Bahasa Inggeris.
oleh SS Imam Allamah Syeikh Ali Jumu'ah
Mufti Republik Arab Mesir
01. Muqaddimah
02. Hadis Pertama
03. Hadis Ke 2
04. Hadis Ke 3
05. Hadis Ke 4
06. Hadis Ke 5
06. Hadis Ke 5
07. Hadis Ke 6
08. Hadis Ke 7
09. Hadis Ke 8
10. Hadis Ke 9
11. Hadis Ke 10
12. Hadis Ke 11 & 12
13. Hadis Ke 13
13. Hadis Ke 14
14. Hadis Ke 15
15. Hadis Ke 16 & 17
16. Hadis Ke 18
17. Hadis Ke 19
18. Hadis Ke 20 & 21
19. Hadis Ke 22 & 23
20. Hadis Ke 24
21. Hadis Ke 25
22. Hadis Ke 26
23. Hadis Ke 27 & 28
24. Hadis Ke 29
25. Hadis Ke 30 & 31
26. Hadis Ke 32 - 34
27. Hadis Ke 35 & 36
28. Hadis Ke 37 - 39
29. Hadis Ke 40 - 42 (Finale)
إعراب الأربعين النووية ( pdf : 0.1 MB )
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Kullu Am wa Antum wal Ummah Islamiyah Bikhair
Jaro
Satu kalimah banyak maknanya. Makna yang disesuaikan dengan kontek ayat. Itulah dinamakan bahasa.
Kalimah yang dipilih adalah :
Makna :
1. bersegera
cth : جرى محمد إلى البيت
Muhammad bersegera menuju ke rumah
2. berlayar
cth : جرت السفينة
Kapal berlayar
3. mula bergerak
cth : جرى الفرس
Kuda itu telah mula bergerak.
4. mengalir deras
cth : جرى الماء
Air mengalir deras.
5. berlaku
cth : جرى له حادث أخره عن الحضور
Kejadian yg berlaku menyebabkannya terlewat hadir.
6. bertiup
cth : تجرى الرياح
Angin bertiup.
7. tersebar
cth : القصة تجرى على كل لسان
Cerita itu telah meniti bibir ke bibir (tersebar) Lagi...
Kisah 4 : Upahmu Adalah Bunyi Dirham
Kisah Juha Siri 4 ini mengisahkan bagaimana Juha yang menjadi pembantu hakim menyelesaikan kes yang dibawa kepadanya. Semoga terhibur!
Matan al-Bina : Siri 14
Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 14. Masih berbaki 21 bab.
( No. 14 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- تباعد : saling menjauhi
- تصالح : saling berdamai
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai LIMA huruf.
- Berlaku penambahan huruf TA di awalnya dan huruf ALIF di antara FA dan 'AIN.
Peranan / Makna :
Menunjukkan kepada makna PERKONGSIAN / SALING sama ada dua orang atau lebih.
- cth perkongsian dua orang : Zaid menjauhi Amru.
- cth perkongsian ramai : Komuniti itu saling berdamai.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Haram Berburu
Jom belajar Bahasa Arab melalui kartun. Ini merupakan edisi kedua dalam koleksi terjemahan penulis. Gaya bahasa yang ringkas dan menarik untuk dijadikan panduan.
Kisah 3 : Pakaianku Lebih Layak Daripadaku
Kisah Juha Siri 3 ini akan menceritakan bagaimana Juha menghadiri majlis kenduri dengan layanan yang berbeza. Semoga terhibur.