Tasyabuh al-Atraf

Sedap ja bunyi dia.. "Apa bendanya tu?" spotan soalan terdetik di hati sebab belum pernah dengar. "Kalau terjemah secara harfa bi harfin, penghujung yang serupa" aku berteka-teki sendirian.

تشابه الأطراف

Sebenarnya, ana sendiri tak tau terjemah macam mana. Tapi teka-teki tu dekat-dekat nak tepat la tu. Jom kita lihat takrifan yang diletakkan oleh ulama balaghah. Pastu, kita terjemah apa yg sesuai.

Takrif :

وهو أن يختم الكلام بما يتناسب مع أوله في المعنى

maksudnya : Ia merupakan ending yang bersesuaian dengan makna satu-satu ayat.

Agak-agak boleh faham tak?

Tasyabuh al-Atraf merupakan salah satu subtopik kepada Mura'atun Nazir ( مراعاة النظير ) yang merupakan sebagian daripada perbincangan Ilmu Badi' ( علم البديع ).

Contoh :


terjemahannya : DIA tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat segala penglihatan itu dan DIA lah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Penjelasan :

1. Kalimah "Maha Halus" ( اللطيف ) bertepatan dengan "DIA tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata" ( لا تدركه الأبصار ). Seolah-olah memberikan kita alasan dan sebab kenapa "DIA tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata" kerana "DIA Maha Halus".

2. Kalimah "Maha Mengetahui" ( الخبير ) pula bertepatan dengan "DIA dapat melihat segala penglihatan itu" ( وهو يدرك الأبصار ). Juga mempunyai kesinambungan, bagaimana pula "DIA dapat melihat segala penglihatan itu"? Jawapannya kerana "DIA Maha Mengetahui"

Di manakah Tasyabuh al-Atraf itu?
Penghujung ayat di atas iaitu ( وهو اللطيف الخبير )

Di sini ana cuma datangkan satu contoh sahaja.. Di dalam al-Quran banyak terdapat Tasyabuh al-Atraf, cuma kita saja yang tidak kenal dan tidak cuba untuk memerhatikannya.

Jadi, ana belum temui apakah terjemahan yang tepat untuk Tasyabuh al-Atraf. Minta jasa baik sahabat-sahabat yang faham dan ada idea yang BEST, dapat memberikan cadangan di ruangan komen.

Kalau ada sahabat-sahabat yang kurang jelas, jangan malu untuk bertanya. Sekadar berkongsi apa yang ada. Wallahu A'lam.

2 respon:

Abu Widad berkata...

Kalau nak terjemahkan takrif saya faham macam ni lah : Satu ungkapan yang mempunyai lebih dari satu ayat di mana ayat makna ayat terakhir sama maknanya dengan ayat pertama.Dengan kata lain yang sama itu adalah makna sahaja bukannya perkataan yang digunakan.

Kalau nak cari makna untuk tajuk, saya tak terjumpa lagi.Tapi boleh rasanya kalau saya namakan "Penutup Seerti"

Kalau salah tolong tunjukan

Osman bin Abd Ghani berkata...

Jazakallah..idea yg best.
Ana stuju. Penutup Seerti tu ssuai sgt.
Syukran sbb sudi brkongsi.