Satu kalimah yang mungkin jarang didengar, tetapi seringkali diaplikasikan dalam penuturan Bahasa Arab. Iqtibas (اقتباس) merupakan satu tajuk dalam Ilmu al-Badi', boleh diterjemahkan sebagai adaptasi atau dalam kata lain adalah meniru, mencedok atau menciplak. Tapi dilakukan dalam konteks syar'ie iaitu sah dan bukannya cetak rompak yang haram. Ini dari segi pemahaman ana ja.
Takpa, kita tengok apa definisi yang diberikan oleh Balaghiyyun; al-Khatib al-Qazwiniy di dalam kitabnya, al-Idhoh menyebut bahawa "Iqtibas merupakan percakapan atau ayat yang mengandungi sesuatu yang diambil daripada al-Quran atau al-Hadis tanpa menyebutkan sumbernya". Pendek kata, adaptasi la tu.
Ada beberapa kriteria berkaitan dengan iqtibas;
- Adaptasi diambil nas al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif.
- Tidak menyebut sumber, maknanya tidak menyebut قال الله تعالى atau ayat dan surahnya ATAU قال رسول الله atau riwayatnya. Jika disebutkan yg demikian, maka ia bukan lagi iqtibas tetapi disebut sebagai istidlal atau istisyhad (memberi dalil atau hujah).
- Boleh berlaku dalam syair, puisi dan khutbah.
- Dibenarkan mengambil nas secara tepat tanpa sebarang pengubahan lafaz dan makna(meniru dan mencedok bulat-bulat).
- Juga dibenarkan mengedit sebahagian nas (adaptasi).
- Juga dibenarkan meniru atau mendapatasi nas tetapi dengan makna/maksud yang berbeza (menciplak).
Boleh faham kot? Jangan risau, contoh akan berikan di akhir tajuk ini sebab kita tengok dulu apa tujuan iqtibas ini.
Apa tujuan iqtibas? Adakah untuk menyaingi keagungan Kalam Tuhan atau keindahan bahasa Nabi? Atau, adakah disebabkan oleh kelemahan si penutur sehingga terpaksa meminjam Kalam Tuhan dan bahasa Nabi? Atau apa? Sebenarnya, iqtibas yang berlaku hanyalah sebagai hiasan atau penyeri kalam. Tidak dinafikan, iqtibas akan menambahkan kekuatan disebabkan disandarkan kepada al-Quran dan al-Hadis, juga menambahkan lagi keindahan kalam atau percakapan. Sehingga iqtibas diumpamakan cahaya yang berseri lagi menyinari. Jadi, pakat-pakat la kita guna iqtibas dalam kalam kita.
Contoh iqtibas;
1. Iqtibas secara tepat
ستبقي لها فى مضمر والحشا ## سريرة ود يوم تبلى السرائر
Iqtibas daripada ayat 9 Surah at-Thoriq
Contoh lain yang lebih mudah ;
الحمد لله الذي أنزل القرءان بلسان عربي مبين، والصلاة والسلام على رسول الله
Iqtibas darpada ayat 195 Surah as-Syua'ara'
2. Iqtibas secara mengedit sebahagian
قد تقطع الرحم القريب وتكفر النعـ ** ـمى ولا كتقارب القلبين
Iqtibas daripada Hadis Nabi
إن الرحم تقطع وإن النعم تكفر ولن ترى مثل تقارب القلوب
Contoh lain yang lebih mudah
أحييكم جميعا بتحية الإسلام تحية طيبة مباركة من عند الله فسلام الله عليكم ورحمته وبركاته
Iqtibas daripada ayat 61 Surah an-Nur
3. Iqtibas secara secara menukar makna
لئن أخطأت في مد ** حك ما أخطأت في منعي
لقد أنزلت حاجاتي ** بواد غيرذي زرع
Iqtibas daripada ayat 37 Surah Ibrahim
Makna asal di dalam al-Quran adalah merujuk kepada Mekah, sedangkan makna yang dimaksudkan oleh penyair adalah orang yang tidak dapat memberi manfaat.
Rasanya dah boleh faham kot, banyak dah contoh yang ana bagi. Kalau nak lebih faham, boleh merujuk kitab Ilmu al-Badi' karangan Dr. Basyuni Abdul Fattah. Wallahu 'Alam.