Dikongsikan di sini Koleksi Soalan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 3 mata pelajaran berkaitan bahasa Arab; 2361/1 Bahasa Arab KSSM, 5403/1 Al-Lughah al-Arabiah al- Mu'asirah KBD dan 5405/1 Al-Adab wa al-Balaghah KBD. Koleksi ini merupakan himpunan dari beberapa negeri atas inisiatif guru-guru berkenaan, sesuai untuk dijadikan bahan latih tubi dan rujukan bersama. Semoga bermanfaat.
Kredit kepada semua hak pemunya asal dan sekiranya terdapat isu hakcipta, mohon berhubung dengan admin.
Koleksi Soalan Percubaan SPM 2025
Buku Teks Digital STAM MATED
Bahagian Pendidikan Islam KPM telah berkongsi link bagi memuat turun Buku Teks Digital bagi 15 judul yang menjadi muqarrar pengajian di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia. Untuk memuat turun, sila klik di sini.
Koleksi Soalan Percubaan STAM 2025
Dikongsikan di sini Koleksi Soalan Percubaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi 10 mata pelajaran dari beberapa negeri untuk dijadikan bahan latih tubi dan rujukan bersama. Semoga bermanfaat.
Kredit kepada semua hak pemunya asal dan sekiranya terdapat isu hakcipta, mohon berhubung dengan admin.
Format Instrumen Pentaksiran STAM Mulai 2025
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta yang telah bermula di Tingkatan 4 sejak tahun 2023. Maka, bermula tahun 2025, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menggunapakai format pentaksiran baharu yang telah ditatarkan pada Jun lalu bagi menjelaskan format untuk 10 mata pelajaran berkenaan.
DSK Tingkatan 6 Dini Mulai 2025
Kesinambungan kepada Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta yang telah bermula di Tingkatan 4 mulai sesi akademik 2023/2024, diteruskan dengan Kurikulum Tingkatan 6 Dini. Penataran Dokumen Standard Kurikulum (DSK) telah dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM kepada guru-guru Tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Format Instrumen Pentaksiran KBD SPM Mulai 2024
Kurikulum baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta telah digunapakai di Tingkatan 4 mulai sesi akademik 2023/2024. Ini bermakna, calon-calon SPM 2024/2025 akan mula menduduki SPM dengan format baharu. Oleh itu, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan Surat Siaran LP Bilangan 3 Tahun 2023 bagi menjelaskan format pentaksiran bagi 5 mata pelajaran berkaitan.
DSKP Tingkatan 5 KBD MATED
Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini untuk Tingkatan 5.





