Kiasan (2)

balaghahMenyambung kembali perbincangan mengenai Kiasan, di sini akan dibawakan dua lagi bentuk Hubungkait. Ada baiknya sebelum meneruskan pembacaan ini, eloklah dirujuk kembali tajuk pertama agar pemahaman kita lebih tersusun dan mudah untuk diingati.


3. IKTIBAR TELAH BERLAKU

Iaitu menyebut 'sesuatu yang telah berlaku' tetapi mengkehendaki 'keadaan semasa'.


وَآتُوا اليَتَامَى أمْوَالَهُم

"Dan berikanlah anak-anak yatim itu harta milik mereka"

Di sini disebutkan 'anak-anak yatim' tetapi makna yang dikehendaki di sini adalah 'remaja yang sudah cukup umur', yang bukan lagi digelar anak-anak yatim. Alasannya, harta-harta pusaka tinggalan arwah ibu atau bapa anak-anak yatim hanya akan diserahkan kepada mereka apabila mereka telah cukup umur dan mampu untuk menguruskan harta tersebut.

4. IKTIBAR AKAN DATANG

Iaitu menyebut 'sesuatu yang akan datang' tetapi mengkehendaki 'keadaan semasa'.


إنِّي أرَانِي أعْصِر خَمْرًا

"Sesungguhnya aku melihat bahawa aku sedang memerah arak"

Di sini pula dinyatakan 'memerah arak' sedangkan makna yang dikehendaki adalah 'memerah anggur'. Alasannya adalah secara logik, memerah anggur akan menghasilkan arak.

Untuk contoh BM, rujuk kembali Kiasan 1 berkaitan memerah santan.

Wallahu A'lam.