Maaf kerana tiada kemaskini lain sepanjang minggu lepas. Penulis kini dihambat kesibukan dalam fatrah imtihan yang kian hampir. Insya Allah, kita sambung Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 4.
( No. 4, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- علم : tahu
- وجل : sakit
- جهل : jahil
- لعب : bermain
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi dan mudhori' kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
'Ain fi'il iaitu huruf 'ain pada wazan/acuan di atas mestilah ;
- berbaris kasrah ketika madhi.
- juga berbaris fathah ketika mudhori'.
Peranan :
- Juga kebiasaanya menunjukkan kepada muta'addi
- contoh : Zaid telah mengetahui masalah itu.
- Kadang-kadang menunjukkan kepada lazim
- contoh : Zaid takut.
Apa itu muta'addi dan lazim ? Sila rujuk artikel lalu.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Matan al-Bina : Siri 4
فعِل يفعَل
Ini adalah wazan iaitu Acuan.
0 respon:
Catat Ulasan