Berlaku satu perbualan baru-baru ni. Tertarik untuk ana kongsi dengan semua pembaca. Ana tak pasti sama ada apa yang dilontarkan kepada ana itu satu kemusykilan atau "saja nak test".
Fulan : Ustaz, nak tanya sikit.
Penulis : Ya, tafaddhol.
Fulan : Kawan ana baru-baru ni tanya ana.
Dengar ayat ni :
كان محمد كريمٍ
Kana Muhammadun Karimin (majrur)
Jadi, ana tegur dia. Ana kata khabar kana mesti mansub.
كان محمد كريماً
Kana Muhammadun Kariman. (mansub)
Kemudian kawan ana tu gelak kat ana.
Dia kata ana ngaji tak habis lagi.
Ana tak puas hati, tu yang tanya ustaz ni.
Penulis : Dua-dua betul.
( mujur pernah terdengar teka-teki ni, hehe. Kalau tidak, tak tau la macam mana nak jawab )
Fulan : Kenapa pulak?
Penulis : Sebenarnya ayat di atas ada dua makna ;
Ayat pertama dengan mansub maknanya ;
Adalah Muhammad itu mulia.
Ayat kedua dengan majrur maknanya ;
Adalah Muhammad itu seperti kijang putih.
Huruf kaf = seperti
Rim = Kijang putih.
Jadi, ia majrur kerana huruf kaf adalah huruf jar.
Fulan : Ha ha ha!
Wallahu A'lam.
0 respon:
Catat Ulasan