Insya Allah, kita sambung Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 2. Semoga kita dikurniakan kefahaman oleh Allah s.w.t.
( No. 2, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- ضرب : pukul
- جلس : duduk
- غفر : ampun
- كسر : pecah
- رجع : pulang
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi dan mudhori' kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
'Ain fi'il iaitu huruf 'ain pada wazan/acuan di atas mestilah ;
- berbaris fathah ketika madhi.
- berbaris kasrah ketika mudhori'.
Peranan :
- Juga kebiasaanya menunjukkan kepada muta'addi
- contoh : Zaid telah memukul Umar.
- Kadang-kadang menunjukkan kepada lazim
- contoh : Zaid telah duduk.
Apa itu muta'addi dan lazim ? Sila rujuk artikel lalu.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Matan al-Bina : Siri 2
فعَل يفعِل
Ini adalah wazan iaitu Acuan.
0 respon:
Catat Ulasan