Agak lama menyepi. Maaf dipohon kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu menjenguk. Pastinya mengharap sesuatu yang dapat dikongsi bersama.
Penulis kini berada di tanah air. Internet yang agak terhad. Ditambah kitab rujukan yang dipos balik belum diterima, kesibukan menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pendidik di Sek Men Islam Darul Ulum turut membantutkan usaha-usaha mengemaskini.
Entri kali ini, penulis cuma ingin berkongsi beberapa ibarat-ibarat yang agak menarik sesuai dengan bahasa moden kini :
Moga mendapat manfaat bersama. Wallahu A'lam.
Kembali Bersua
عصر تفجّر المعلومات
Era ledakan maklumatمواجهة تحديات العصر
Mendepani cabaran semasaتلبية لمطالب الحياة العصرية
Menyahut tuntutan hidup semasaخطوة إيجابية
Langkah positifمواكبة التطورات العصرية
Mengikuti perkembangan semasaمكافحة الأمية
Pembasmian buta hurufفي متناول الجميع
Di tahap kemampuan umum
2 respon:
salam syeikh osman..ngajar smidu ka??
masyaAllah.. boleh tolong kim salam ana kat ust-ust n ustazah2 kat sana ye.. n anak2 murid ana sekali :) tolong ye :)
wassalam
Salam.
Terima kasih byk2 kerana perkongsian ini.
MEngajar smidu?
Catat Ulasan