[Qasidah] Biarkan Daku...

Untuk dikongsi bersama, antara Burdah Nabawiyyah yang sering dilagukan bersama sepanjang Program Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari.

Program telah berjalan lancar dan telah tamat pada Jumaat malam Sabtu 20 Mac. Alhamdulillah. Bulan Rabiul Awwal kian ke penghujungnya, marilah kita mengambil peluang ini bagi melagukan Burdah Da'uuni yang bermaksud Biarkan Daku..

burdah


Biarkan daku, biarkanlah daku mengingati kekasihku,
Janganlah kamu menyisihkan daku, kerna sesuatu yang tak mampu kutanggung,

Ketahuilah bahawa aku amat bersedih wahai merpati,
Kesedihanku ini adalah kerana aku amat merinduinya,

Ketahuilah bahawa aku amat bersedih wahai merpati,
Aku telah mabuk dek jiwaku yang bergelora dan juga mabuk rindu,

Sesiapa yang sepertiku, pasti dia akan merasai betapa beratnya penderitaanku
Mencintaimu Ya Rasulallah, kenapa deperlekehkankan,

Sedangkan hatiku amat berharap dapat menzirahi Madinahmu,
Kerana jiwaku telah dibakar denga nyalaan cinta kepada Manusia Terbaik.

>

Link utk download burdah di atas (.mp3 - 5.2MB)
download

Sungguh indah alunan bahasa bahasanya. Aku mencintaimu Ya Rasulallah. (Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai terjemahan yang lebih menyentuh hati, amat dialu-alukan. Sila tinggalkan di ruangan komen, jazakallah.)