Perbandingan

Rentetan daripada perbincangan sebelum ini, tergerak untuk ana membincangkan pula berkaitan اسم التفضيل memandangkan أحسن merupakan kalimah isim tafhdil.

Takrifnya ; Isim yang menunjukkan kepada dua benda atau lebih yang mempunyai sifat yang sama tetapi salah satu daripadanya melebihi yang lainnya. Boleh faham kot? Mudah cakap, perbandingan la tu atau comparison yang ada +er @ more dan +est @ most tu.

Wazannya : أفعل untuk مذكر dan فُعلَى untuk مؤنث

Situasi perbandingan ;

Pertama, isim tafdhil tanpa ال dan الإضافة

  • 1. Hukumnya ممنوع من الصرف iaitu مرفوع dengan dhommah, منصوب dan مجرور dengan fathah.
  • 2. Bentuknya sentiasa mufrad muzakkar
  • 3. Mesti datang bersama مِن (huruf jar) selepasnya
  • 4. Cara terjemahan ; lebih ... daripada
  • Contoh ;
العلماء أفضل من العابدين
هند أفضل من زينب

Kedua, isim tafdhil dengan
ال
  • 1. Kedudukannya sebagai صفة
  • 2. Hukumnya bertepatan dengan موصوف dari segi i'rab, muzakkar/muannas dan mufrad/musanna/jama3.
  • 3. Tidak boleh bersama مِن
  • 4. Cara terjemahan ; yang paling ...
  • Contoh ;
رأيتُ الطلابَ الأفضلين
مررتُ بزينب الفضلى


Ketiga, isim tafdhil bersama
الإضافة
  • 1. Kedudukannya sebagai مضاف
  • 2. Bentuknya sentiasa mufrad muzakkar
  • 3. Manakala, مضاف إليه bertepatan dari segi muzakkar/muannas dan mufrad/musanna/jama3.
  • 4. Cara terjemahan ; se...-... ... (cth: sebaik-baik manusia)
  • Contoh ;
الزيدان أفضل رجلَين
هند أفضل امرأةٍ


Mudah ja kan nak faham. Cuma yang susahnya adalah nak mengingat. Wallahu a'lam.

0 respon: