Pengalihan

Kali ni kita nak sembang pasai iltifat (الإلتفات) plak. Merupakan satu tajuk dalam ilmu ma'ani. Yang dimaksudkan iltifat adalah satu ta'bir atau ayat yang menggunakan ganti nama diri (الضمير) yang pelbagai dalam konteks ayat yang sama. Dalam kata lain, pemalingan atau pengalihan. Tak pa satgi tengok contoh, faham la tu.

La ni kita peringat balik mengenai kata nama ganti diri. Ada 3 jenis iaitu ;

  • Pertama, ganti nama diri pertama (التكلم) iaitu أنا dan نحن
  • Kedua, ganti nama diri kedua (الخطاب) iaitu أنتم أنتما أنتِ أنتَ dan أنتن
  • Ketiga, ganti nama diri ketiga (الغيبة) iaitu هم هما هي هو dan هن

6 situasi iltifat ;

  • Pertama, beralih daripada takallum kepada khitab

Yasin 22

"Mengapakah aku tidak menyembah (Tuhan) yang menciptakan aku dan kepada-Nya kamu dikembalikan." [Yasin 20]


Ayat tanpa iltifat ; mengapakah aku tidak menyembah (Tuhan) yang menciptakan aku dan kepada-Nya aku dikembalikan.

  • Kedua, beralih daripada takallum kepada ghibah

al-Kauthar 1&2

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kauthar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan lakukanlah korban." [al-Kauthar 1,2]


Kalimah Tuhan merujuk kepada dia.
Ayat tanpa iltifat ; sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kauthar. maka dirikanlah solat kerana Kami dan lakukanlah korban.

  • Ketiga, beralih daripada khitab kepada takallum

Hud 90

"Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih." [Hud 90]


Ayat tanpa iltifat ; Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanmu Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih.

  • Keempat, beralih daripada khitab kepada ghibah

an-Nahl 1

"Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu minta disegerakannya, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan." [an-Nahl 1]


Ayat tanpa iltifat ; telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu minta disegerakannya, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang kamu sekutukan.

  • Kelima, beralih daripada ghibah kepada takallum

al-Israk 1

"Maha Suci Allah, Dia yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami.." [al-Israk 1]


Ayat tanpa iltifat ; Maha Suci Allah, Dia yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Dia berkati sekelilingnya agar Dia memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran)-Nya..

  • Keenam, beralih daripada ghibah kepada khitab

al-Insan 21&22

"...dan Tuhan mereka memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan usahamu disyukuri (diberi ganjaran)." [al-Insan 21, 22]


Ayat tanpa iltifat ; ...dan Tuhan mereka memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah untuk mereka sebagai balasan dan usaha mereka disyukuri (diberi ganjaran).

Harap dapat faham apa itu iltifat dan bagaimana gambarannya. Kita boleh lihat sendiri perbezaan ayat yang ada iltifat dengan tanpa iltifat. Setakat mana kita mampu menilai indahnya ayat-ayat tersebut, bergantung kepada sedalam mana ilmu Bahasa Arab kita.

Sebagaiman disebut di dalam kitab, peranan iltifat ini adalah sebagai penghias kalam dan indahnya ia kerana mampu membuatkan dan memaksa para pendengarnya untuk sentiasa peka dan memikirkan siapakah yang bercakap dan kepada siapa ditujukan ayat tersebut. Untuk lebih menghayati makna iltifat secara jelas dan mendalami keindahannya, ana sarankan rujuklah ke dalam kitab yang berkaitan. Di sini ana hanya mampu memberi gambaran dan sekadar membuka jalan. Wallahu A'lam.

Sumber : Ilmu al-Maani oleh Dr. Basyuni Abd Fattah Fayyud

0 respon: