Pengenalan
Seorang mahasiswa/wi yang ingin mendalami dan menguasai bahasa ahli syurga, pastinya tidak dapat lari dari menggunakan kamus, sama ada klasik atau kontemporari. Penyediaan dan penyusunan kamus kontemporari lebih mudah dan menarik serta mesra pengguna yang hanya menggunakan satu kaedah penyusunan sahaja. Jika dibandingkan dengan kamus klasik, terdapat 7 kaedah penyusunan dan boleh dikatakan kesemua kamus-kamus ini mempunyai tujuan tersendiri ia disusun. Indah dan uniknya bahasa Arab serta pastinya hebat pengarang-pengarang kamus ini. Bagi seseorang yang tidak mengetahui kaedah penyusunan kamus-kamus klasik ini, agak susah dan mungkin sekali tidak akan mampu untuk menggunakannya. Maka kamus-kamus klasik yang dibeli sekadar menjadi koleksi yang memenuhi rak. Amat rugi sekali.
Menyedari realiti yang berlaku, terdetik di hati untuk cuba membantu sahabat-sahabat dan sama-sama berkongsi sedikit ilmu ini. Marilah sama-sama kita menelusuri ketujuh-tujuh kaedah penyusunan ini satu persatu dan mengenali bebarapa kamus Arab klasik. Semoga kita memperoleh manfaat bersama.
Kaedah Penyusunan
Perkataan-perkataan di dalam kamus ini disusun dengan menghimpunkan huruf-huruf yang membentuk perkataan tersebut di dalam satu bab. Susunatur huruf-huruf dan perkataan-perkatan tersebut pula mengambil kira makhraj atau tempat terbentuk huruf tersebut yang dimulakan dengan makhraj yang paling jauh (dalam).
Cara Menggunakan;
Setiap individu yang ingin menggunakan kamus ini perlu mengetahui makhraj-makhraj huruf ini bagi memudahkan pencarian. Susunan makhraj adalah seperti berikut;
ع ح هـ خ غ - ق ك ج ش ض ص س ز ط د ت ظ ذ ث ر ل ن - ف ب م - ا و ي -ء
Bukan itu sahaja, yang dimaksudkan dengan pembalikan adalah kita perlu memerhatikan kesemua huruf yang membentuk perkatan tersebut kerana kamus ini disusun bukan berdasarkan huruf pertamanya.
Sebagai contoh; perkataan فعل iaitu terdiri daripada huruf fa, 'ain dan lam. Maka, perkataan فعل perlu dicari di dalam bab ain kerana huruf 'ain dalam perkataan tesebut adalah huruf yang paling jauh/dalam makhrajnya. Dan perlu diingatkan juga perlu dicari berdasarkan kata akarnya.
Pelopor kepada kaedah pertama ini adalah tokoh terkenal Khalil bin Ahmad al-Farahidi melalui kamusnya yang masyhur Mu'jam al-'Ain (معجم العين).
Namun kebelakangan ini, kebanyakan kamus al-'Ain yang dicetak telah disusun semula berdasarkan susunan alifba'i biasa bagi memudahkan pengguna. Kamus lain yang turut menggunakan kaedah ini adalah Tahzib al-Lughah (تهذيب اللغة) karangan Ibn Mansur.
0 respon:
Catat Ulasan